NO NAME
Sebulan......

Dua bulan.....

Tiga bulan......

Empat bulan.....

Subhanallah..lamanya blog nie dibiarkan bersawang+berhabuk, sedangkan inilah salah satu medan dakwah yang pernah saya letakkan sebagai method utama untuk berkongsi ilmu dan dikritik dalam proses membaiki penulisan.

Saya tidak layak untuk beralasan sebab kalau nak menulis tue, macam-macam cara boleh buat. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih..,tepuk dada tanya hati..(",

Malu dan segan pada sahabat2 dan adik2 yang selalu update blog masing2 dengan pengisian yang pelbagai. Tak tahulah masihkah ada yang sudi mengunjungi blog yang serba dhaif ini.

******************

Mungkin sabda Rasulullah s.a.w di bawah menjadi muhasabah buat diri saya juga para dai'e yang lain.

  "Dua nikmat yang ramai orang yang tertipu di dalamnya iaitu kesihatan dan kelapangan waktu." -Riwayat Bukhari.-

"Sesungguhnya di antara nikmat yang pertama kali ditanyakan kepada hamba pada hari kiamat ialah dengan mengatakan kepadanya, "Bukankah Kami membuat badanmu sihat dan Kami menjirus dengan air yang dingin?" -Riwayat Tirmizi, Ibn Hibban dan Hakim.-

Sihat dan kelapangan waktu adalah nikmat yang besar. Bila tidak sihat, barulah manusia akan terasa betapa besarnya nilai sihat. Apabila manusia tidak sedar nikmat sihat, maka  ramai orang tidak ingat Allah,tidak takut pada Allah apabila mereka sihat. Dan sebaliknya mereka melakukan maksiat kerana mereka sihat. Inilah yang dikatakan orang yang telah kufur nikmat iaitu orang yang telah mempergunakan nikmat Allah untuk kembali menentang Allah.


Satu lagi nikmat ialah kelapangan. Ramai orang tidak sedar mengenainya. Bila lapang, sihat, rezeki melimpah, harta telah mencukupi, banyak kemudahan, mereka lupa kepada Allah. Mereka gunakan kelapangan ini untuk kepentingan diri mereka contohnya: tidur, keluar bersuka-suka, melancong ke tempat maksiat, melepak dengan kawan-kawan, bersembang-sembang dan sebagainya. Sedangkan masa lapang yang Allah bagi hendaklah digunakan untuk mengingati Allah, bekerja ke Jalan Allah, melakukan kerja kebajikan masyarakat dan sebagainya. Bila waktu sibuk datang semula kepada mereka, mereka akan terus melupakan Allah.. Na'uzubillahiminzalik..Ya Allah, jauhkan diri kami dari lalai mengingati MU..


" Barangsiapa datang dengan membawa kebaikan, maka dia akan mendapat pahala yang lebih baik dari kebaikannya itu, dan barangsiapa yang datang dengan membawa kejahatan, maka mereka yang telah mengerjakan kejahatan itu hanya diberi balasan seimbang dengan apa yang dahulu mereka kerjakan."- Surah al-Qasas:84-




Label: edit post
0 Responses

Catat Ulasan