Innalillahiwainnailaihirajiun...
Takziah buat keluarga adik Aminul Rasyid atas tragedi yang berlaku. Semoga Allah menempatkan arwah dikalangan hamba-hambaNYA yang soleh dan bertakwa.
Saya mendapat berita kejadian ini melalui seorang sahabat melalui sms malam tadi dan pada petang ini baru saya berkesempatan mengetahui kisah lebih lanjut melalui laman-laman blog yang boleh dipercayai. Apabila membaca laporan polis yang dibuat oleh sahabat mangsa dan merupakan saksi utama kejadian sebagaimana yang terdapat dalam
Perisik Rakyat, hati saya tersentak. Mengapa ada manusia sekejam itu sanggup membunuh satu nyawa yang belum pasti apakah kesalahannya dan yang melakukan itu adalah seorang polis yang di anggap sebagai pelindung kepada rakyat di negara yang dikatakan aman dan damai ini. Di manakah keadilan yang diwar-warkan dan dijulang-julang??
Kes ini bukan baru pertama kali. Tetapi telah berkali-kali berlaku sebagaimana yang terjadi kepada
saudara Shahril Azlan pada tahun lepas. Begitu juga kejadian tembakan rambang di Batu Buruk, Terengganu beberapa tahun yang lepas. Saya melihat bahawa negara Malaysia sudah tidak aman lagi dengan peristiwa-peristiwa yang tragis berlaku ke atas rakyat Malaysia. Disangkakan kita hanya menyaksikan kekejaman ini di Palestin, Thailand, Iraq, Bosnia dan lain2, tetapi di sekeliling kita juga sebenarnya kejadian yang sama telah lama berlaku tanpa kita sedari ia perlahan-lahan membunuh sifat kemanusiaan rakyat di Malaysia ini sehingga peristiwa yang sama berulang lagi.
Marilah sama-sama kita bangkit menuntut keadilan dan jangan sekadar menjadi pendengar dan penonton..
Catat Ulasan