Memaparkan catatan dengan label isu semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu semasa. Papar semua catatan
SIGMA Mengecam Tindakan Biadap Tentera Mesir Terhadap Wanita.

Jika awal tahun dahulu, medan tahrir menjadi saksi berlakunya revolusi menjatuhkan pemerintahan Hosni Mubarak, akhir tahun ini pula MedanTahrir menjadi saksi rakyat diperlakukan dengan kejam dan keterlaluan oleh tentera mesir lebih-lebih lagi ianya berlaku kepada wanita. Tentera Mesir telah mengambil alih kerajaan selepas bekas Presiden Hosni Mubarak digulingkan pada 11 Februari lalu.

Pada awalnya, kehadiran tentera Mesir diterima rakyat, tetapi kini rakyat Mesir bangkit menuntut agar kepimpinan kerajaan kembali ditadbir oleh orang awam dan menuntut Dewan Tertinggi Angkatan Bersenjata (SCAF) segera melepaskan pentadbiran negara.
 Tindakan biadap tentera mesir menperlihatkan kepada dunia bahawa mereka ini kejam. Apatah lagi minggu lalu, tiga orang tentera memukul seorang wanita yang tidak bersenjata, menarik pakaian wanita itu, dan menyeret dia ke bawah jalan Kaherah.

Penghinaan buat wanita


Sinergi Gabungan Mahasiswi (SIGMA) dengan tegasnya menyatakan kecaman dan menyifatkan tindakan tentera tersebut adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan biadap. Ianya memperlihatkan bahawa bukan sahaja wanita itu dibelasah, malah lebih teruk lagi bilamana mengaibkan dan mencabul kehormatannya sebagai seorang wanita. Ini merupakan penghinaan terhadap seorang wanita yang jelas bukan sahaja melukai fizikal wanita itu, malah emosi seluruh wanita di dunia. Kaum  wanita sepatutnya dilindungi dan dihormati kaum lelaki apatah lagi tentera yang sepatutnya menjaga keselamatan dan bukan bertindak zalim kepada orang awam.

Tindakan tentera ‘melukai’ revolusi

Seorang wanita Mesir dipukul dan ditanggalkan pakaian
oleh tentera Mesir
Insiden yang berlaku ini menempelak dunia arab yang hebat melaungkanlarangan keganasan terhadap wanita yang tidak bersenjata kerana yang berlaku adalah sebaliknya. Pihak tentera pada mulanya melindungi para aktivis revolusi pada bulan Februari dahulu kini secara terbuka menyerang dan menzalimi orang awam,malah tidak akan mengubah polisi perang mereka terhadap aktivisme demokrasi. Tindakan demi tindakan yang dilakukan pihak tentera ini tanpa disedari ‘melukai’ revolusi rakyat mesir.

Laungan dunia : Selamatkan wanita

Wanita mampu bangkit berani jika emosinya tercalar. Tarikh 24 disember ini membuktikan tidak mudah bagi wanita untuk kalah dengan keadaan. Sebanyak 10 000 orang wanita Mesir telah turun ke jalanan, dengan lantangnya melaungkan “Anak-anak perempuan Mesir adalah satu barisan merah!”, mereka bangun membantah tindakan zalim dan kejam tentera terhadap aktivis wanita itu.

SIGMA menyeru seluruh badan kerajaan mahupun bukan kerajaan, organisasi hal ehwal wanita dan mahasiswi samaada dalam negara dan luar negara untuk bersuara menyatakan bantahan dan kecaman terhadap kezaliman yang berlaku. Jika 10 000 wanita Mesir menggerakkan jasad  mereka turun ke jalanan, marilah kita anak muda dan wanita di Malaysia mengerakkan jiwa menyatakan kebenciaan kita terhadap pencabulan kehormatan wanita.

Jika 1 orang wanita dianiayai, biar seluruh wanita di dunia bangkit dengan sedar mempertahankannya.

Selamatkan wanita!!

Rohayu Rusli
Pengerusi,
Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA)

IKTIBAR BERSAMA


KEADAAN Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, Kajang, dalam kejadian tanah runtuh, 21 Mei 2011 baru-baru ini. Seramai 25 orang penghuni rumah anak yatim itu tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang, 16 daripada mereka terkorban, manakala 9 orang lagi selamat.

Berikut ialah senarai nama penuh mangsa yang diperoleh dari bilik gerakan bergerak yang dibuka di lokasi kejadian: 

Enam belas yang terkorban ialah: 

1) Mohd Kamarul Amizan, 11 tahun 
2) Nurahimi Rosdi, 14 
3) Dzahir Haziq M. Muin, 11 
4) Ahmad Lokman Hakim, 11 
5) Farid Ibrahim, 34 
6) Mohd Azret Azahari, 8 
7) Wan Ahmad Hasril Hazim, 11 
8) Zahid Assawal Zamri, 19 
9) Mohd Mustakim Mamat, 12 
10) Mohd Naerzein M. Nor, 8 
11) Mohd Aiman Abdullah, 10 
12) Shahrul Nurimran Adnan, 9 
13) Mohd Zaid Azahari, 14 
14) Mohd Imal Fahad, 9 
15) Mohd Riezman Abdul Latif, 9 
16) Mohd Hazim Sapri, 10 

Sembilan yang terselamat ialah: 

1) Aizat Khusairi, 12 
2) M. Allaudin Sobri, 14 
3) M. Syatiq Ibrahim, 21 
4) Khairul Anuar Nasri, 9 
5) M. Harris Izuddin Sahrul, 11 
6) Zulkhairi Aminuddin, 13 
7) Izzuddin Abdullah, 30 
8) Izuan Zakaria, 33 
9) Mohd Akmal Mohd Jefri, 10 

Lapan daripada mereka sedang dirawat di Hospital Ampang manakala Mohd Akmal di KPJ Kajang.-Bernama

Gambar-gambar di sekitar tempat kejadian:





Mangsa-mangsa runtuhan di bawa keluar dari tempat runtuhan, ada yang dapat diselamatkan, dan ada yang sebaliknya.

Menurut seorang saksi:
Pak Mat, 40, berkata ketika kejadian, dia yang tinggal kira-kira 50 meter dari tempat kejadian terdengar bunyi runtuhan lalu segera berlari ke situ. 

“Sebaik tiba, saya nampak beberapa kanak-kanak tertimbus akibat tanah runtuh. Dalam keadaan kelam kabut, saya segera gali dengan tangan dan berjaya menarik dua kanak-kanak (yang meninggal). 

“Saya kasihan melihat keadaan pelajar berkenaan. Air mata menitis kerana terbayangkan nasib mereka yang masih mentah,” katanya hiba.


PEMANDANGAN bahagian dalam bangunan lokasi tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Taqwa, Hulu Langat yang rosak teruk dengan dipenuhi tanah dan batu daripada sisa runtuhan.

Sebahagian Al-Quran yang tetap tersusun kemas di rak. Allahu Akbar.


Suasana sedih dan pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding, Batu 14 di sini semalam apabila tujuh mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa selamat disemadikan dalam satu liang lahad. Tujuh jenazah itu ialah Dzahir Haziq M Muin, 18; Mohd Zaid Azahari, 14; Mohd Mustakim Mamat, 12; Wan Ahmad Hasrim Hazim, 11; Mohd Hazim Sapri, 10; Mohd Imal Fahad, 9, dan Mohd Azret Azahari, 8.

pilu...salah seorang mangsa, Mohd Awie Abdul Latif, 11, yang terselamat ditenangkan oleh saudaranya.

Luahan Mohd Awie Abdul Latif, 11, menceritakan detik kematian adiknya, Mohd Riezman, 9.

"Saya tarik tangan adik ketika kami lari menyelamatkan diri, tapi kaki adik tersangkut pada besi khemah dan dia jatuh. Saya tarik lagi tangannya tapi runtuhan batu mula menuju ke arah kami dan menimpa kepala adik."


"Masa itu saya terdengar jeritan meminta saya lari menyelamatkan diri. Sambil berlari, saya menoleh ke arah adik saya dan lihat batu besar menghempap kepalanya."

"Saya mahu mengorek tanah mencari adik, namun orang ramai menghalang. Saya terus menangis kerana hanya mampu melihat adik tertimbus di depan mata." 

"Ketika berlari keluar dari dewan saya meraung kerana teringat apa yang terjadi kepada adik," kata Mohd Awie Abdul Latif, 11, yang terselamat dalam tragedi tetapi kehilangan adiknya.

Menceritakan mengenai adiknya, Mohd Awie berkata dia bersyukur kerana dapat memenuhi permintaan arwah yang mahukan jam tangan dan minyak wangi sebagai hadiah hari lahirnya Januari lalu. 

"Bapa kami sudah meninggal dunia...saya berbelanja RM56 untuk membelikan dia jam tangan Ben 10 dan minyak wangi yang dibeli melalui seorang rakan senior, adik sangat gembira dan sentiasa memakai jam tangan itu," katanya.


Awie yang masih trauma tidak dapat melupakan kejadian yang sekelip mata mengorbankan adiknya, Mohd Riezman Abdul Latif, 9, dan 15 yang lain berkata dia sangat sayangkan adik bongsunya dan sentiasa ke mana-mana bersama, namun semuanya tinggal kenangan.

Ibunya, Intan Anisah Alang, 40, yang bertugas sebagai pengawal keselamatan sebuah pusat beli-belah di Kajang, berkata dimaklumkan kejadian itu oleh anak saudaranya sekitar jam 5 petang.

Kenangan gambar sebelum kejadian..comel anak² kecil ini..al fatihah buat yg pergi..

Ya Allah Ya Tuhanku, Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Engkau Ampunilah dosa² Penghuni² dan Anak² ini. Amin

Sama-sama kita ambil iktibar atas apa yang berlaku, semoga ia menjadi pengajaran buat kita bersama. Kematian itu datang bila-bila masa sahaja tanpa mengira usia walau di mana kita berada. Sentiasalah kita beringat.


Berikut adalah petikan video sepanjang pengebumian mangsa-mangsa yang terkorban dalam runtuhan. Sungguh sedih dan pilu apabila menyaksikan 16 orang yang terkorban dalam sekelip mata. Subhanallah..Allah Maha Berkuasa dalam segala hal. Semoga mereka semua ditempatkan dalam kalangan hamba-hambaNYA yang beriman dan bertakwa. Ameen..


SEBAB TANGAN MANUSIA
3 Februari 2011/ 29 Safar 1432 


Firman Allah s.w.t: 
"Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian daripada akibat perbuatan mereka agar mereka kembali ke jalan yang benar"
(Ar-Rum: 41)

TUNISIA
Pergolakan yang tercetus di negara ini bukanlah yang pertama berlaku di dunia bahkan adalah rentetan dari peristiwa di beberapa negara Arab sebelum-sebelum ini. Pergolakan di Iraq sehingga jatuhnya pemerintahan Saddam Hussin, gerakan Intifadhah di Palestin melawan cubaan penaklukan Palestin oleh Israel laknatullah yang sehingga hari ini tiada penghujungnya, ternyata pemerintahan kuku besi Tunisia di bawah Presiden Zine El-Abidine El-Ali tidak berjaya dipertahankan apabila rakyat negara itu bangkit bertindak menggulingkan pemerintahan diktator tersebut.

Presiden Zine El-Abidine El-Ali- sekutu USA

Mesir
Hanya beberapa minggu berlaku isu Tunisia, Mesir menggemparkan dunia dengan kejadian yang sama seperti Tunisia. Kebangkitan rakyat Tunisia rupa-rupanya  menjadi pemangkin semangat kepada umat Islam Mesir untuk menjatuhkan pemerintahan kuku besi Husni Mubarak. Sehingga hari ini dan saat ini, pergolakan masih belum berhenti. Rakyat Malaysia turut terkesan dengan keadaan Mesir jika di bandingkan di Tunisia kerana di sana terdapat hampir 11 ribu rakyat Malaysia yang menuntut ilmu. Dan semalam menyaksikan perhimpunan besar-besaran di Wisma Putra, Putrajaya bagi mendesak kerajaan Malaysia menghantar bantuan kepada pelajar-pelajar Malaysia di sana.

 Husni Mubarak-pemerintah kuku besi

Medan Tahrir tempat perhimpunan besar-besaran rakyat Mesir 

Malaysia
Negara yang terkenal dengan aman dan damai ini pula sebenarnya tidak terlepas dari isu-isu yang tak pernah sunyi dari kontroversi. Umpamanya, selepas Pilihanraya Kecil Tenang, dan kemenangan memihak kepada Parti Barisan Nasional dengan majoriti 3 ribu lebih, ternyata tidak mampu memberi ketenangan kepada rakyat Malaysia. Sehari selepas kemenangan mereka, rakyat dikejutkan dengan kenaikan harga minyak ron97 sebanyak 10 sen. Sudahlah isu Pilihanraya Kecil Tenang, dan banjir yang semakin meruncing di Johor masih belum reda, kerajaan Malaysia membuka satu lagi isu yang bakal membawa kemarahan rakyat Malaysia. Adakah Malaysia bakal menyusul Tunisia dan Mesir?? Adakah rakyat kita ada kesedaran tersebut?? 

Pada pandangan saya, tidak mustahil rakyat Malaysia bakal menjejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir jika pihak kerajaan terus-menerus menyusahkan rakyat dan mengenyangkan perut 'orang-orang' mereka. Slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" hanya sekadar menjadi slogan syok sendiri mereka. Realiti yang berlaku adalah sebaiknya.

*****
Isu pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Mesir masih menjadi tajuk perbualan di laman-laman internet. Dapat dilihat bahawa pelajar-pelajar tajaan didahulukan jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar persendirian lebih-lebih lagi pelajar jurusan agama. Pro dan kontra  isu ini dibincangkan dan tidak dinafikan Kerajaan Malaysia sedang berusaha sebaik mungkin untuk membantu pelajar-pelajar Malaysia di Mesir. Namun masih ada segelintir pihak yang mempolitikkan isu ini. Antara petikan blog yang saya dapat :

"Majoriti pelajar-pelajar Malaysia yang ada di Mesir adalah penyokong-penyokong Pas. Disana boleh dikatakan kilang untuk melahirkan pemimpin-pemimpin Pas.

Oleh yang demikian saya mencadangkan kepada Kerajaan BN , jika hendak hantar pesawat untuk angkut mereka pulang, pastikan beri keutamaan kepada pelajar-pelajar yang menyokong Umno dan BN terlebih dahulu. Jangan pedulikan mereka-mereka yang menyokong Pas. Biarkan mereka melalak-lalak, utamakan orang kita terlebih dahulu.

Orang-orang seperti mereka tidak perlu diutamakan untuk diberi pertolongan. Waktu mereka susah baru mereka ingat nak minta tolong kerajaan. Waktu senang merekalah yang menjadi barua-barua menghentam kerajaan.

Selama ini mereka-merekalah yang sering menghentam Kerajaan BN kononnya zalim, rasuah dan sebagainya sedangkan dalam masa yang sama mereka menikmati pelbagai kemudahan untuk pergi belajar disana."

Dalam saat-saat genting begini masih wujud golongan manusia sebegini yang mementingkan diri. Adakah benar mereka takut kepulangan pelajar-pelajar Malaysia yang digelar pro-pembangkang bakal mengubah politik Malaysia menjelang PRU-13 tidak lama lagi?? 

Menggeleng kepala saya melihat situasi ini. Sesama umat Islam sendiri berpecah-belah membandingkan sumbangan masing-masing kepada masyarakat. Tanpa kita sedar, syaitan-syaitan Yahudi sedang bertepuk tangan kerana berjaya memecah-belahkan orang-orang Islam. 

Namun begitu, dalam pada isu-isu di atas berlaku, wujud juga golongan 'katak di bawah tempurung' yang langsung tidak tahu-menahu mengenai apa yang sedang berlaku kepada dunia hari ini. Lebih menyedihkan bilamana golongan ini adalah terdiri daripada mahasiswa bijak pandai universiti. Sedarlah wahai anak muda! Bangun dari tidurmu! Sama-sama bertindak ! 

****

Mungkin sedikit perkongsian dari saya sekadar sebagai ulasan terhadap krisis dunia yang berlaku hari ini. Kiamat kian menghampiri kita semua, lalu di manakah persediaan kita semua untuk menghadapinya?? Sebagaimana dalam firman Allah s.w.t yang saya titipkan di awal penulisan bahawa segala kerosakan yang berlaku di atas muka bumi adalah berpunca dari tangan manusia itu sendiri, dan apa yang berlaku hari ini itulah buktinya. Pertumpahan darah, peperangan-semuanya tercetus dari manusia itu sendiri. Tirai 2011 masih baru di angkat, pejam celik 2012 bakal menyusul. Adakah ada agenda tersembunyi di sebalik semua yang berlaku..?? Mari kita sama-sama singkap...

Ceritera Ahad
Pagi ahad, aku bangun pagi dengan hati yang gembira. Alhamdulillah syukur atas nikmat yang Allah berikan kerana aku masih diberi peluang bernafas. Aku gembira sebab hari itu merupakan hari rehlah aku bersama sahabat2 seperjuangan buat julung2 kalinya. Kami merancang untuk ke Sungai Pisang berdekatan dengan kampus UIA.

Tiit..tiit..tiit..tiit..
Hp di atas meja berbunyi menandakan ada mesej masuk. Mesej tersebut aku baca..ayatnya lebih kurang macam nie.." mohon doa sahabat2 semua untuk sahabat-sahabat kelantan UIA Nilai yang accident pagi  tadi di Merapoh.."

Saat itu terdetik di hati, " anak2 klate UIA Nilai...bas ke kereta??"


Aku bertanya kepada sahabat yang menghantar mesej. Jawabnya.." bas akak..."

Entah kenapa tiba-tiba hati berdegup kencang kerana teringatkan sesuatu. Aku bermonolog sendiri.."rasanya abang tam naik bas semalam dari Kelantan ke Nilai..Ya Allah, adik aku ke terlibat dalam kemalangan tue??"

Dengan tangan yang terketar-ketar dan hati yang resah, lantas aku terus dail 013-972****
Menunggu beberapa saat dengan hati yang berdebar-debar.. ketika itu aku teringat dengan kemalangan bas ngeri yang mengorbankan 12 nyawa di Lebuhraya Simpang Ampat, Alor Gajah Melaka pada 10.10.10…..Ya Allah, jauhkan adikku daripada sebarang musibah.. 

Panggilan ku bersambut di sana..Alhamdulillah bila dapat dengar suara, rasa sedikit lega meskipun masih belum tahu kisah sebenar.

" assalamualaikum..abang tam kat mana tu?"

"waalaikumussalam. Abang tam kat merapoh nie.." (Ya Allah,dalam hati ini berdebar mengiyakan bahawa adikku terlibat dalam kemalangan tu)

Namun,setelah beberapa minit berbual bertanya situasi sebenar, aku bersyukur kepada Allah kerana menyelamatkan adikku dan sahabat2 UIA Nilai yang lain dari musibah yang teruk. Menurut adikku, jumlah bas  yang dinaiki oleh pelajar-pelajar UIA Nilai adalah 2 buah, dan bas yang mengalami kemalangan adalah bas pertama yang berada di hadapan semasa perjalanan. Dia bernasib baik kerana berada dalam bas yang kedua di belakang. Bas tersebut dikatakan terbalik ke sebelah kiri, namun Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Apabila mendengar bahawa bas terbalik, pasti tebayang di fikiran akan ada yang cedera parah. Lantas aku tanya pada adik untuk mendapat kepastian. Jawapannya : " Alhamdulillah takde apa2. Semua selamat. Berkat baca doa..kalau tak baca doa, mesti ada yang meninggal. Semua kerja Allah.."

SEBAHAGIAN pelajar cedera terbaring berhampiran bas yang terbalik di Kilometer 16 Jalan Gua Musang–Kuala Lipis, semalam.




Jika dilihat pada keadaan bas, memang sangat mustahil tiada yang cedera parah. Subhanallah kuasa Allah mengatasi segala-segalanya.

Benarlah bahawa DOA itu senjata orang-orang mukmin. Dan semua yang berlaku adalah perancangan terbaik dari ALLAH. Bila Allah kata jadi, maka jadilah.

Pada waktu petang, perkembangan terkini yang aku dapat tentang mangsa kemalangan, semua yang dibawa ke hospital dibenarkan pulang dan mangsa yang agak teruk kecederaannya adalah seorang adik  muslimin yang patah tulang rusuknya. Semoga Allah memberikan kesembuhan kepada dia dan adik-adik yang lain.

Maka, hari itu aku dapat meneruskan agenda rehlah bersama sahabat2 dengan hati yang sedikit tenang dari keresahan dan kami pulang dengan membawa beberapa teman baru (seronok mereka berenang dalam plastik…) hasil modul bermain dalam air..(“,)