Jika seorang rakyat Amerika mati dibunuh di Iran, pasti Amerika akan melancarkan peperangan ke atas negara Islam itu hari ini. Namun semalam, serangan Israel umpama percikan api mercun di mata Obama. 20 orang terkorban dan 50 orang tercedera. Tiada rakyat Amerika yang terlibat setakat ini.
Obama pula hanya memberikan amaran ringan kepada sekutunya Israel. Besok Obama akan bertemu dengan Benjamin Nethanyahu. Entah apa yang beliau mahu bincangkan dalam pertemuan tahunan itu. Tapi yang pasti Obama tidak akan tumbuk muka Nethanyahu dalam pertemuan itu. Beliau hanya akan mengulangi amaran lembiknya sambil bergelak ketawa dengan pemimpin Israel itu bila melihat dunia kita kelab kabut selepas komando regim zionis itu membunuh aktivis keamanan pagi semalam.
Malaysia harus lantang bersuara dalam isu ini. Bukan sekdar meminta mengadakan mesyuarat khas PBB. Malaysia patut membawa usul supaya tentera pengaman PBB dihantar untuk berkawal melindungi rakyat Palestine dari pencerobohan Zionis di sempadan kedua-dua negara.
Presiden Palestine, Mahmoud Abbas yang baru minggu lepas bertemu Obama kini bungkam seribu bahasa. Minggu lepas, wajahnya ceria mendengar janji Obama yang mahu membantu beliau memerdekakan Palestine dari Israel. Tapi serangan semalam jelas menunjukan bahawa Israel tiada minat untuk berdamai.
Kaum Zionis ini dahagakan darah dan tanah Palestine. Mereka mahu usi rakyat Pale3stine dari bumi mereka sendiri. Itulah cita-cita mereka. Tetapi Mahmoud Abbas seorang pemimpin tua yang menjadi boneka Amerika-Israel.
Sama seperti Yasser Arrafat. Beliau hanya dipergunakan untuk membuat rundingan demi rundingan agar masyarakat dunia melihat bahawa Israel terbuka untuk berbincang dengan Palestine. Walhal diluar pintu bilik rundingan rakyat Palestine terus menerus dibantai, dibunuh.
Tragedi semalam adalah antara yang paling dahsyat bagi warganegara asing yang menyertai misi bantuan kepada rakyat Palestine. 15 ribu tan bahan makan dan perubatan dibawa, namun belum ada satupun yang dapat sampai.
Kapal Mavi Marmara ditahan dan aktivitis yang masih hidup dihantar ke penjara Israel. Apakah dosa para aktivis ini? mereka datang bawa makanan dan perubatan bukan senjata.
Masyarakat dunia harus melakukan sesuatu. Bukan sekadar berdemo kepada Amerika-Israel. Tetapi harus berdemo memaksa kerajaan-kerajaan dunia dan PBB untuk menghantar tentera ke Palestine.
Dunia tidak boleh melihat isu Palestine diselesaikan di meja rundingan tanpa apa-apa tindakan pengawalan terhadap tindak tanduk Israel. Zionis ini telah banyak melanggar peraturan dan undang-undang masyarakat antarabangsa. Penganiayaan yang dilakukan di Palestine adalah berkali ganda dari apa yang dilakukan oleh puak Serbia di Bosnia.
Pemimpin-pemimpin Israel harus diheret ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Inilah yang harus diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin dunia termasuk Malaysia.
Segala aktiviti ekonomi dengan israel juga harus dihentikan. Malaysia juga harus bersama dalam hal ini dan memutuskan hubungan dengan semua rangkaian perniagaan dan perkhidmatan yang ada hubungkait dengan Israel termasuk APCO.
Catat Ulasan