HIBURAN ISLAM
Berhibur tiada salahnya.....

Kerna hiburan itu indah.....

Hanya pabila salah memilihnya.....

Membuat kita jadi bersalah.....

Terngiang-ngiang lirik lagu di atas nyanyian kumpulan Raihan. Berkebetulan, 3 hari lepas saya buka FB, terbaca satu status seorang sahabat, merupakan mafhum dari sepotong ayat al-Quran:

"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?" ~Al-An'am: 32~

Bercerita tentang hiburan, pada 2 malam yang lepas, saya bersama-sama keluarga telah meluangkan masa untuk menyaksikan tayangan perdana filem " Dalam Mihrab Cinta" dan Forum Bicara Selebriti di Balai Islam Lundang bersempena Hari Hiburan Islam (HAI) anjuran Kerajaan Negeri Kelantan.


Apa yang menariknya program ini, pada pandangan saya ia merupakan satu transformasi dalam pendekatan dakwah untuk menarik masyarakat mengenali keindahan Islam dengan lebih dekat dan mendalam melalui platform hiburan. Tayangan filem umpamanya, kita melihat lambakan filem dan drama di media-media elektronik yang sememangnya sangat sedikit filem yang dihasilkan berunsurkan Islam. Tambahan lagi, terlalu banyak filem dan drama yang ditayangkan adalah buatan barat dan negara jiran lain seperti Indonesia, Thailand dan Filipina. 

Namun begitu, dalam lambakan sinetron Indonesia yang ada, masyarakat kita hari ini segolongannya mula berminat dengan filem-filem islamik. Umpamanya, fenomena demam Ketika Cinta Bertasbih (KCB) yang telah mengeluarkan sirinya sehingga 4 keluaran, KCB, KCB 2, KCB Special Ramadan dan yang terbaru, KCB Meraih Redha Ilahi. Drama yang terkenal dengan adaptasi dari novel tulisan novelis terkenal Indonesia, Habiburrahman El-Syirazi a.k.a Kang Abik ternyata telah berjaya menarik masyarakat dan beberapa penggiat seni untuk mencontohi pendekatan beliau. Drama dan filem yang dibuat beliau memberikan begitu banyak input berguna kepada masyarakat tentang Islam, dan melaluinya saya melihat bahawa mesej sesuatu dapat disampaikan dengan baik oleh pelakon tanpa perlu menggadaikan aturan Islam seperti bersentuhan dan aksi-aksi yang melanggar syariat.

Pada malam tersebut, kami sekeluarga menonton filem "Dalam Mihrab Cinta", sebuah lagi karya Kang Abik yang di adaptasi dari novel beliau. Memang best ceritanya, mengisahkan tentang nasib seorang pelajar yang difitnah sebagai pencuri, dan apabila dibuang dari pesantrennya, dia benar-benar telah menjadi pencuri wang saku kerana desakan hidup tiada duit. Namun, akhirnya dia insaf dan memulakan kerjaya sebagai pendakwah muda yang terkenal. Yang menariknya, dia menjadi pencuri yang sangat baik. Selepas berjaya mencuri beberapa dompet, dia akan mencatat setiap jumlah duit yang diperolehi. Kadang-kadang dia akan mendermakan sebahagian duit tersebut di tabung-tabung masjid. Dan akhirnya, apabila telah insaf dia telah mengembalikan semula dompet berserta wang yang dicuri kepada tuan empunya semula, diselitkan bersama surat memohon kemaafan. Wah, Subhanallah...Alangkah indahnya kalau dompet saya yang dicuri 2 tahun yang lepas dikembalikan sebegitu..

Keesokan malamnya, kami berkesempatan bersama-sama panelis dari kalangan figure-figure: Dr. Mohd Asri, Wardina Safiyyah, Sham Kamikaze dan Ustaz Hasrizal. Forum yang dimoderatorkan oleh Abang Amin Idris ternyata semakin menarik dengan keletahan beliau dan tujahan-tujahan soalan panas yang diberikan samada dari beliau sendiri atau penonton-penonton. Secara keseluruhan saya melihat forum Bicara Selebriti ini memberikan gambaran dan perkongsian baru tentang bagaimana memahami Islam melalui perkongsian dari artis-artis Malaysia yang melakukan penghijrahan seperti Wardina dan Sham Kamikaze. Mereka berkongsi apa yang mereka rasai dan lalui sebelum dan selepas berhijrah. Disamping itu, penerangan tentang hukum  berhibur dan bagaimana untuk berubah sebagaimana yang disampaikan oleh Dr. Mohd Asri dan Ustaz Hasrizal yang disertakan dalil-dalil dari hadis dan sirah nabawi ternyata memberi input yang berguna, bukan sahaja menjernihkan  beberapa soalan kontroversi, bahkan membuka minda kita sebagai orang Islam bahawa Islam itu adalah agama yang mudah dan memberikan pelbagai alternatif kepada setiap masalah yang kita hadapi.

Kepada sesiapa yang terlepas peluang menyaksikan forum tersebut bolehlah saksikannya di Kelantan TV.

Islam itu agama yang sangat indah, agama yang memudahkan seluruh penganutnya. Jadi kita sebagai penganut agama Islam janganlah kita memayahkan dalam semua urusan kerana Islam memberikan jalan keluar kepada setiap permasalahan. Maka, belajarlah dan teruskan belajar tentang Islam. Kajilah tentang hadis-hadis nabi dan pandangan-pandangan ulama' tentang sesuatu perkara supaya kita tidak mudah melenting dan mudah berlapang dada dengan pandangan yang berbeza-beza.

الإسلام يعلوا ولا يعلى عليه
"ISLAM ITU TINGGI DAN TIADA YANG LEBIH TINGGI DARIPADANYA"





Untitled
>> cuti semester dah masuk minggu ke-4, hampir sebulan >> berada di rumah hampir 3 minggu >> setelah berhempas-pulas menuntut ilmu sebulan setengah * mengerah tulang 4 kerat pulang lewat ke kampung halaman demi kelangsungan tarbiyah * paling tidak dilupakan, bermandi hujanan gas2 kimia pada ''HARI ITU'', diiringi restu keluarga >> "Ya Allah, semoga hari-hari yang telah aku lalui ketika itu dikira amal di sisiMU sebagai timbanganku di akhirat nanti."


Lama benor blog di biarkan tanpa isi, kadang-kadang timbul rasa putus asa. Tapi teringat kembali tujuan kenapa memulakan blog nie, kena kuat semangat la ye. Tambah-tambah usia semakin meningkat...=)

Terlalu banyak isu yang ketinggalan untuk di ulas. Lebih suka mengambil sikap baca sendiri, analisa sendiri, then bincang sikit-sikit ngan family time2 tengah rehat2 waktu malam. Baikkah sikap ini? Nampak selfish kan? HUHU....

Tapi itulah hakikat diri ini. Tak tahulah di mana silapnya, terasa hilang self-confidence sedikit demi sedikit > dari hari ke hari > dari minggu ke minggu > dari bulan ke bulan > dan mungkin hampir dari tahun ke tahun. Terfikir jugak APAKAH sumbangan yang telah diberikan kepada Islam sepanjang hidup hampir 23 tahun? Itulah manusia, sentiasa merasa kekurangan diri bila berhadapan dengan insan2 yang jauh lebih hebat dari diri sendiri. "Ya Allah, ikhlaskan diriku menerima ketentuan yang telah KAU tetapkan buat diriku, jadikan aku hambaMU yang bersyukur."

Firman Allah s.w.t:
"Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, " Sesungguhnya jika kamu BERSYUKUR, nescaya AKU akan menambahkan nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmat-KU, maka pasti azab-KU sangat berat."  (Ibrahim : 7)


Sebenarnya, tak tahu nak tulis apa. Just tulis apa yang nak ditulis dari hati dan ada kat kepala. Tak banyak pun, sebab rasa sikit sangat ilmu yang ada dalam kepala ni nak di  kongsi dengan pembaca yang sudi baca blog dhaif ini. 

Teringat kisah tentang seorang pesakit  Spinocerebellar Degeneration (sejenis penyakit saraf ) dalam movie 1 Litres of Tears (sebuah kisah benar), kisah seorang gadis Jepun bernama Kitou Aya yang berjuang sehingga saat akhir kematiannya melawan penyakitnya yang tiada penawar. Eventhough she's not a muslim, but the most important thing that I got from her was about her COURAGE !! sangat amazing!! kekentalan diri yang ada, terutama apabila menyedari kemampuan diri makin hilang sedikit demi sedikit, satu perkara yang dia masih kuatkan usaha adalah dengan MENULIS. Dan dengan menulislah, kisah hidupnya tersebar ke seluruh dunia hampir lebih 30 tahun dan menjadi sumber kekuatan kepada insan-insan yang mengalami penyakit sepertinya.


Menulis. Menulis. Dan saya akan terus cuba menulis dalam blog ini, biarlah takde sape2 yang nak baca. Apa yang penting, dan yang saya tahu, saya akan rasa sangat puas hati bila dapat menulis. ALHAMDULILLAH..!!

" Ya Allah, aku terasa sangat kekurangan diri dalam menyampaikan ilmu-ilmu MU yang Maha Luas. Lapangkanlah dadaku, bukalah fikiranku, kurniakanlah aku kefahaman sebagaimana yang KAU berikan kepada para anbiya', supaya aku dapat menjadi ilmuan yang hebat sebagaimana Saidatina 'Aisyah Rahimahallah..AMEEN"

Nukilan hati,
ibnatussolehah88

28 JULAI 2011
0005 am
~bilik along~