Di sebalik kejayaan seorang anak muda menawan Kota Konstantinople pada tahun 1453 ketika usianya baru 22 tahun, berdiri di belakangnya insan-insan mulia dan hebat yang sentiasa mendidik dan memberi semangat kepadanya. Kisah kejayaan anak muda yang disembunyikan oleh sejarah ini wajar dikongsi bersama untuk tatapan umat Islam hari ini sebagai satu iktibar dalam menegakkan kembali Islam di muka bumi. Itulah dia SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH..
A
ntara faktor kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh adalah kerana penguasaan ilmu yang dimiliki oleh baginda. Kehebatan baginda menguasai 7 bahasa dalam usia yang sangat muda adalah sesuatu yang luar biasa jika dibandingkan dengan anak muda zaman sekarang. Tujuh bahasa tersebut adalah bahasa Arab,Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.
Ilmu-ilmu lain yang dipelajari oleh baginda bukan sekadar dalam lingkungan bidang agama semata-mata bahkan penguasaan ilmu kemahiran seperti sains, matematik, falak, sejarah, ilmu peperangan, geografi, dan astronomi adalah kunci kepada persoalan bagaimana baginda Al-Fateh berjaya meruntuhkan tembok kota yang paling kebal di dunia dan telah bertahan selama 1100 tahun sebelum berjaya ditawan.
"Rahsia para pahlawan mukmin sejati terletak pada tradisinya berguru dengan orang-orang yang terbaik yang hidup di zamannya."
Kehebatan Al-Fateh bukanlah lahir dari dirinya sendiri. Tetapi kehebatan baginda adalah kerana baginda berdamping dengan para murabbi yang terbaik ketika baginda masih muda.
Antara murabbi yang menjadi tulang belakang disebalik kejayaan Sultan Muhammad al-Fateh ialah:
:: Nama sebenar beliau
AS-SYEIKH MUHAMMAD BIN ISMAIL AL-KURAINI . Beliau terkenal dengan gelaran Abu Hanifah di zamannya. Merupakan murabbi Al-Fatih di zaman ayahandanya, Sultan Murad II dan telah diberi kuasa oleh Sultan Murad II untuk memukul Al-Fateh jika enggan mengikuti tunjuk ajar guru, yang mana sebelum ini Al-Fateh tidak mengendahkan ajaran guru-guru yang dihantar kepadanya kerana ketika itu usinya masih muda dan berada di zaman kanak-kanak.
*
Peristiwa yang membawa perubahan kepada Al-Fateh(ketika baginda berusia 5 tahun):
:: Syeikh Al-Kuraini memberitahu Al-Fateh tentang keizinan yang diberikan oleh ayahandanya untuk memukulnya, tetapi diketawakan oleh Al-Fateh, lalu beliau memukul Al-Fateh dengan kuat. Al-Fateh tidak menerima hukuman tersebut bulat-bulat tanpa mengetahui apakah sebab di sebalik dia dipukul. Lantas, dengan penuh berhikmah, Syeikh al-Kuraini menyatakan sebabnya. Beliau ingin Al-Fatih merasai kesakitan sebagaimana yang di alami oleh rakyat-rakyatnya apabila dizalimi, kerana suatu hari nanti Al-Fatih akan menjadi Sultan menggantikan ayahandanya, Sultan Murad II. Maka dia perlu di asuh sebagai seorang pemimpin. Kesannya, Al-Fateh benar-benar berubah dan lebih serius dalam menuntut ilmu.
:: Tarbiah beliau berjaya mencorak peribadi Al-Fatih, corak pemerintahan dan adat resam Daulah Uthmaniyyah. Antaranya:
1)menegur jika sultan buat silap
2)memanggil sultan dengan nama
3)apabila bersalam dengan sultan, tangan beliau akan dicium oleh sultan.
:: Nama sebenar :
SYEIKH MUHAMMAD BIN HAMZAH AL-DIMASYQI AL-RUMI. Dikenali sebagai Sheikh Syamsuddin Al-Wali. Nasab beliau sampai kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a.
:: Anak murid Syeikh Bayram, ulama di zaman Sultan Murad yang merupakan seorang pakar hadis. Juga seorang penasihat sultan ,menggantikan Syeikh Bayram selepas beliau meninggal dunia.
:: Beliau meletakkan inspirasi kepada Al-Fateh, memberikan baginda misi dan tujuan pemerintahan yang jelas dan bersama-sama baginda sehingga Kota Konstantinople berjaya ditawan.
:: Insan yang paling banyak memberikan tunjuk ajar dan semangat dalam kehidupan Al-Fateh.
:: Dikenali sebagai Penakluk Rohani Konstantinople.
:: Insan yang paling banyak memberikan tunjuk ajar dan semangat dalam kehidupan Al-Fateh.
: Beliau telah menyampaikan khutbah pertama di Masjid Aya Sofia setelah kejayaan menawan Kota Konstantinople.
:: Beliau disayangi oleh Al-Fateh. Baginda pernah berkata: “…sesungguhnya kamu semua melihat aku gembira sekali. Kegembiraanku ini bukanlah semata-mata kerana kejayaan kita menawan ini, akan tetapi ia adalah kerana hadirnya di sisiku Syeikhku yang mulia, dialah pendidikku, As-Syeikh Syamsuddin.
:: Menjadi rujukan semasa Al-Fateh ingin menawan Kota Konstantinople selepas berbulan-bulan berperang. Menurut firasat beliau:" Kota Konstantinople akan ditawan pada hari ke-53, hari Selasa, pukul 11.00 pagi..”
Selain 2 tokoh besar di atas terdapat juga guru-guru lain yang telah mendidik dan memberikan tarbiah kepada Sultan Muhammad al-Fateh. Mereka ialah:
:: Beliau merupakan ulama dan penasihat sultan di zaman Sultan Murad II dan pernah juga menjadi penasihat kepada Al-Fateh semasa Sultan Murad beruzlah ke Pulau Magnesia. Seorang pakar hadis dan merupakan guru tahfiz bagi Sultan Muhammad Al-Fateh.
:: Beliau adalah Adinda kepada Sultan Murad II. Beliaulah yang paling berjasa besar dalam mendidik sultan Muhammad Al-Fateh dengan ilmu kepahlawanan dan peperangan seperti menunggang kuda dan menggunakan senjata semenjak Al-Fateh masih kecil.
Inilah antara insan yang banyak berjasa dalam menyumbang kejayaan menawan Kota Konstantinople. Tanpa mereka, mana mungkin lahirnya orang yang hebat seperti Sultan Muhammad Al-Fateh. Sebagaimana hari ini kita melihat para pimpinan dunia sama ada kerajaan atau bukan kerajaan, mereka tidak akan sampai ke tahap setinggi seorang pemimpin dunia andaikata tanpa tunjuk ajar seorang GURU.
Contoh terbaik seperti Sultan Muhammad Al-Fateh inilah yang mendorong saya dan sahabat-sahabat untuk mencari guru-guru terbaik seperti Syeikh Syamsuddin Al-Wali, Syeikh al-Kuraini, Syeikh Bayram dan Panglima Tharhan di samping ingin menguasai pelbagai bidang ilmu dalam mencapai matlamat ke
PUTRAJAYA.
Firman Allah s.w.t :
"......maka bertanyalah kamu kepada "AhluzZikri” jika kamu tidak mengetahui."(Al-Anbiya':7)
Catat Ulasan