28 Ramadhan 1433 H
Ramadhan semakin melabuhkan tirai. Jika di negara Arab, hari ini merupakan hari terakhir mereka bersama-sama Ramadhan. Alhamdulillah berkesempatan mengaminkan doa qunut yang dibaca oleh imam Masjidil haram pagi tadi. Terasa sayu dan sebak. Adakah sempat untukku bersama-sama Ramadhan akan datang? Yang lebih dekat, adakah sempat untukku bersama-sama Ramadhan ini sehingga ke akhirnya?
Terlalu banyak ibrah yang boleh kita ambil dari bulan yang mulia ini. Apakah kita tahu? Jika kita tahu, adakah kita benar-benar menghayati makna tarbiyah disebalik semua yang berlaku? Jom kita soroti sejarah yang berlaku dalam bulan Ramadhan.
PERISTIWA-PERISTIWA
DALAM BULAN RAMADAN
1. Perang Badar
Al-Qubra
Perang Badar
terjadi pada tahun ke-2 setelah hijrah di bulan Ramadhan. Bagi kaum muslimin,
perang Badar mempunyai arti sejarah tersendiri, sebagai tonggak sejarah
terpisahnya kubu Al-Haq dan kubu Al-Bathil. Perang itu tepatnya terjadi tanggal
17 Ramadhan.
2. Peristiwa Nuzul
Al-Quran
Peristiwa turunnya
ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya
berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada
hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun
ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat
di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul"
bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran
adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada
umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
3. Persiapan
tentera Islam menghadapi Perang Khandaq/Ahzab
Rasulullah saw
meminta pandangan para sahabatnya dalam menghadapi peperangan ini. Salman
al-Farisi mengusulkan supaya digali parit di sekitar kota Madinah. Kemudian
bersama Rasulullah saw kaum Muslimin keluar dari kota Madinah dan berkemah di
lereng Gunung Sila dengan membelakanginya. Mereka mulai menggali parit yang
memisahkan mereka dengan musuh mereka. Waktu itu jumlah kaum Muslimin sebanyak
tiga ribu sedangkan kaum Quraisy bersama kabilah-kabilah lain berjumlah sepuluh
ribu.
4. Perang Tabuk
Dalam sejarah
Islam, peperangan ini merupakan peperangan terakhir bagi Nabi Muhammad s.a.w.
Perang ini telah berlaku pada bulan Rejab ketika tahun ke-9 Hijrah (Oktober 631
M). Keadaan cuaca pada ketika itu adalah terlalu panas terik dan tempat
berlakunya peperangan itu, Tabuk merupakan destinasi padang pasir yang terlalu
jauh menyukar para musafir. Setelah segala-galanya selesai tentera Islam
berjalan pulang ke Madinah di bulan Ramadan dengan selamatnya tanpa seorang pun
yang terkorban nyawa.
5. Pembukaan kota
Mekah
Berikutan dengan
perlanggaran perjanjian Hudaibiyah oleh kaum musyrikin Mekah, Nabi Muhammad SAW
dan umat islam mengambil keputusan untuk menyerang dan memasuki Kota Mekah.
6. Tertawannya
Garis Bar Lev, Israel
Pada bulan Jun
1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam
pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta
Semenanjung Sinai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu,
Israel membina barisan pertahanan di Sinai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971,
Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah
raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev.
Israel bermegah
dengan kubu Bar Lev yang didakwa tidak dapat ditawan kerana mempunyai kekebalan
dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu
itu sekaligus mengalahkan Israel.
7. Perang Ain Jalut
Pada 15 Ramadhan
658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat
serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti
Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak
bertemu di Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan
dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat
kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh.
Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan
keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.
8. Kekalahan
Tentera Salib
Perang Hittin, salah
satu perang besar dalam sejarah dunia, yang dimenangi pasukan Islam. Guy dan
Reynald ditawan dan dihadapkan ke hadapan Salahudin. Reynald dibunuh oleh
Salahudin dan Guy diseret Salahudin ke Jerusalem. Pasukan Islam memenangi
pertempuran di Arce lima hari selepasnya. Wilayah dari Gaza hingga Jubayl
dikuasai Salahudin pada awal September. Pada hari Jumaat, 2 Oktober 1187,
Salahudin berjaya menawan Jerusalem. Jatuhnya Jerusalem ke tangan umat Islam
adalah puncak kejayaan Salahudin dalam memimpin umat Islam semasa Perang Salib.
Merebut Jerusalem dari tangan kaum Frank adalah cita-cita terbesar Salahudin
dan Perang Salib Kedua berakhir dengan kemenangan umat Islam.
9. Perluasan negara
Islam di Andalus.
Andalus adalah nama
Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang
diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492
Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin
Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus. Tariq memimpin
armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas
pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya
mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan
menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan
abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.
10. Pembebasan Sinai
Tentera Mesir dan
Syria menyerang Israel serentak pada hari perayaan Yahudi Yom Kippur. Mesir menyerang
kubu sekitar Terusan Suez dan Sinai sementara Syria menyerang kubu di Bukit
Golan dan Israel mengalami kerosakan teruk. Walaubagaimanapun, Mesir gagal
menembusi kubu pasir Bar Lev walaupun menggunakan teknologi ketenteraan yang
mahal. Amerika Syarikat membekalkan senjata kepada Israel selepas tiga minggu
peperangan dan mereka berjaya mengundurkan tentera Arab dan merampas kembali
Sinai dan Bukit Golan.
Ramadhan tahun ini, kita menyaksikan umat islam di Syria dan Rohingya berada di medan jihad, sebagaimana yang pernah di alami oleh umat Islam terdahulu. Walaupun kemenangan masih bukan milik Islam di saat Ramadhan ini, betapa bertuahnya mereka kerana mereka benar-benar berjihad melalui peperangan dengan nyawa sehingga syahid di bulan mulia dan penuh barakah ini. Semoga Allah menempatkan mereka di dalam Syurga Firdaus dan memberikan kemenangan Islam di mana sahaja.
Sedangkan kita, sebulan ini kita berperang dengan hawa nafsu kita sendiri. Menahan lapar dan dahaga, menahan diri dari melakukan maksiat. Lalu di manakah tempat kita? Adakah segala amalan kita diterima? Adakah kita berubah ketika Ramadhan tiba sahaja? Tepuk dada, tanya Iman. Kita di takuk sebagai hamba Allah yang sebenar-benarnya atau sekadar menjadi hamba Ramadhan?
Mudah-mudahan Allah menerima segala amal ibadat yang kita lakukan sepanjang Ramadhan ini. Berdoalah supaya setiap amalan yang kita buat dan mulakan di dalam bulan ini, berterusan menjadi amalan harian kita seharian apabila graduasi dari Madrasah Ramadhan ini. Ramadhan yang sama, natijah yang berbeza.
~اللّهم إنّك عفوّ كريم تحبّ العفوا فاعف عنّا~
Catat Ulasan