SEMBUHKAN DIA YA ALLAH
'Alia Nur Syuhada' 
(gambar di ambil pada tahun lepas)

Semalam 27 November 2010, sambil-sambil menyiapkan kerja pemprosesan data jualan, saya sempat melayari facebook dan terbaca tentang keadaan anak naqibah saya semasa di DQ dulu, puteri sulung dalam usrah kami Paradise Seekers. Puteri yang bernama 'Alia Nur Syuhada' ini telah dimasukkan ke hospital Selayang pada jam 3 petang 26 November kerana terkena jangkitan kuman dalam paru-paru. Si kecil ini baru mencapai umur 2 tahun. Ya Allah!! berat sungguh dugaan yang diberikan kepada pasangan muda ustaz Muhammad dan Ayong Syazila. Semoga Allah memberikan kesabaran dan kekuatan kepada mereka berdua.

 puteri Paradise Seekers
( mujahidah cilik Islam)

Baru tadi saya menghubungi naqibah bertanya keadaan 'Alia. Alhamdulillah demam yang dialaminya telah kebah cuma masih batuk dan selesema. Namun, si kecil ini masih dalam pemerhatian doktor. Semoga Allah memberikan kesembuhan kepada 'Alia Nor Syuhada'. Ameen....

 telah pun bergelar kak long (",)

putera Paradise Seekers ('Izz Abdussalam)


TAUFIQ+NAJAH= GOOD LUCK !!
Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menghadapi  Imtihan Akhir buat sahabat-sahabat di UIA Gombak especially usrah Saadah, usrah Ghuraba' dan adik di UPM (yang tidak dapat pulang beraya ^_^). Semoga kalian dipermudahkan segala urusan memburu NAJAH dalam 'peperangan' dunia ini.

Jadual Exam:

29 Oktober   : RKQS 3231A - Tadwin al-Sunnah
30 Oktober   : RKQS 1030 - Revelation as A Source of Knowledge

7 November : PSYC 1000 - Introduction to Psychology
8 November : RKQS 1046A - Dirasah fi Al-Quran

15 November : RKQS 3131A - Ayat al-Ahkam

ت - ق - و - ى

Firman Allah s.w.t :
" Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah KAMI telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan KAMI telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih TAQWAnya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuannya." (al-Hujurat: 13)

Persoalannya, bagaimana kita nak jadi semulia-mulia hamba di sisi Allah seperti dinyatakan dalam ayat di atas ?

Maka langkah pembersihan hati perlu kita lakukan!!

Menurut Syeikh Salim bin Eid Al-Hilali dalam kitabnya Manhajul Aanbiya’ Fi Tazkiyatun Nufus, proses tazkiyah ini akan berlaku dengan syarat kita berTAQWA, yang hanya akan di capai dengan langkah2 di bawah :

  • AL-MUSYARATAH/AL-MU'ADALAH : membuat perjanjian seperti seorang usahawan pasti akan menandatangani perjanjian.
  • AL-MURAQABAH : setelah mengawasi diri, apabila seseorang telah mengikat perjanjian, harus baginya merasakan keperluan menjaga dan mengawasi perjanjiannya agar tidak dilanggar.
  • AL-MUJAHADAH : bersungguh-sungguh dalam melakukan amalan.
  • AL-TASLIM  : menerima segala ketetapan Allah s.w.t.
  • AL-REDHA : merasa bahawa segala pemberian Allah s.w.t adalah yang terbaik buatnya.
TAQWA itu terkandung makna yang sangat luas. Sebahagian ulama' menafsirkan bahawa taqwa ialah :
" Bahawa Allah tidak melihat engkau ketika mana DIA menegah engkau dan bahawa Allah tidak tidak mengurangi (merugikan) engkau ketika mana DIA memerintahkan."

Sebahagian yang lain menakrifkan taqwa ialah memelihara diri daripada azab Allah dengan mengerjakan amal soleh dan takut kepadaNYA ketika terang dan tersembunyi. 

Jika dilihat dan dikaji dalam al-Quran, sebilangan besar ayat-ayat yang terkandung di dalamnya hampir-hampir tidak tertinggal satu pun muka surat atau sebahagiannya melainkan akan di dapati kalimah "AT-TAQWA". Subhanallah!! Betapa tingginya martabat golongan MUTTAQIN ini di sisi Allah s.w.t !!

Bahkan para sahabat dan salafussoleh juga sangat menitik beratkan tentang persoalan TAQWA pada zaman kehidupan mereka sehingga menjadi tunjang utama dengan bermujahadah ke arah mencapainya.

Khalifah Umar al-Khatab r.a pernah bertanya kepada Ubai bin Kaab tentang TAQWA . 

Ubai bertanya," Pernahkah engkau berjalan di jalanan yang berduri?".
Umar menjawab," Pastinya pernah!!". 
Ubai bertanya lagi," Apa yang engkau lakukan ketika melalui jalan tersebut?" 
Umar menjawab," Aku berhati-hati dan berusaha melepasinya." 
Lalu Ubai berkata," Maka yang demikian itulah ketaqwaan."

***

Menurut Imam Al-Kalbi dalam kitab tafsirnya, Al-Tashil Li-‘Ulum Al-Tanzil, ketika beliau menafsirkan ayat ke 2 surah al-Baqarah, keTAQWAan menatijahkan 15 perkara berikut :
  • mendapat hidayah.
  • mendapat bantuan Allah s.w.t
  • mendapat perlindungan
  • memperoleh kasih sayang
  • memperoleh keampunanNYA
  • mendapat penyelesaian dalam kesusahan
  • memperoleh pelepasan daripada segala masalah
  • mendapat rezeki
  • dipermudahkan segala urusan
  • dilipatgandakan nilai amalan
  • diterima amalan
  • dapat kejayaan.
  • memperoleh kegembiraan
  • mendapat syurga dan selamat daripada azab neraka. 
Tingkatan TAQWA menurut Imam Al-Kalbi dalam tafsirnya terbahagi kepada 5 :
  • takut kepada kufur, ini merupakan maqam ISLAM.
  • takut melakukan maksiat, ini adalah maqam TAUBAT.
  • takut melakukan hal yang syubhah, ini merupakan maqam WARA'.
  • takut melakukan hal yang harus, ini tingkatan orang yang ZUHUD.
  • takut jika terfikir selain daripada Allah, ini merupakan tingkatan orang yang sampai kepada tahap MUSYAHADAH .
Firman Allah s.w.t:
" Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai akal atau yang menggunakan pendengarannya, sedangkan dia menyaksikannya. " (surah Qaf: 37)


SUMBER :
-Buku 101 Doa Daripada Hadis-Hadis Sahih karangan Ustaz Zahazan Mohamad.
-PDF Menuju Ketakwaan oleh Abdullah Nasih Ulwan.
Ceritera Ahad
Pagi ahad, aku bangun pagi dengan hati yang gembira. Alhamdulillah syukur atas nikmat yang Allah berikan kerana aku masih diberi peluang bernafas. Aku gembira sebab hari itu merupakan hari rehlah aku bersama sahabat2 seperjuangan buat julung2 kalinya. Kami merancang untuk ke Sungai Pisang berdekatan dengan kampus UIA.

Tiit..tiit..tiit..tiit..
Hp di atas meja berbunyi menandakan ada mesej masuk. Mesej tersebut aku baca..ayatnya lebih kurang macam nie.." mohon doa sahabat2 semua untuk sahabat-sahabat kelantan UIA Nilai yang accident pagi  tadi di Merapoh.."

Saat itu terdetik di hati, " anak2 klate UIA Nilai...bas ke kereta??"


Aku bertanya kepada sahabat yang menghantar mesej. Jawabnya.." bas akak..."

Entah kenapa tiba-tiba hati berdegup kencang kerana teringatkan sesuatu. Aku bermonolog sendiri.."rasanya abang tam naik bas semalam dari Kelantan ke Nilai..Ya Allah, adik aku ke terlibat dalam kemalangan tue??"

Dengan tangan yang terketar-ketar dan hati yang resah, lantas aku terus dail 013-972****
Menunggu beberapa saat dengan hati yang berdebar-debar.. ketika itu aku teringat dengan kemalangan bas ngeri yang mengorbankan 12 nyawa di Lebuhraya Simpang Ampat, Alor Gajah Melaka pada 10.10.10…..Ya Allah, jauhkan adikku daripada sebarang musibah.. 

Panggilan ku bersambut di sana..Alhamdulillah bila dapat dengar suara, rasa sedikit lega meskipun masih belum tahu kisah sebenar.

" assalamualaikum..abang tam kat mana tu?"

"waalaikumussalam. Abang tam kat merapoh nie.." (Ya Allah,dalam hati ini berdebar mengiyakan bahawa adikku terlibat dalam kemalangan tu)

Namun,setelah beberapa minit berbual bertanya situasi sebenar, aku bersyukur kepada Allah kerana menyelamatkan adikku dan sahabat2 UIA Nilai yang lain dari musibah yang teruk. Menurut adikku, jumlah bas  yang dinaiki oleh pelajar-pelajar UIA Nilai adalah 2 buah, dan bas yang mengalami kemalangan adalah bas pertama yang berada di hadapan semasa perjalanan. Dia bernasib baik kerana berada dalam bas yang kedua di belakang. Bas tersebut dikatakan terbalik ke sebelah kiri, namun Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Apabila mendengar bahawa bas terbalik, pasti tebayang di fikiran akan ada yang cedera parah. Lantas aku tanya pada adik untuk mendapat kepastian. Jawapannya : " Alhamdulillah takde apa2. Semua selamat. Berkat baca doa..kalau tak baca doa, mesti ada yang meninggal. Semua kerja Allah.."

SEBAHAGIAN pelajar cedera terbaring berhampiran bas yang terbalik di Kilometer 16 Jalan Gua Musang–Kuala Lipis, semalam.




Jika dilihat pada keadaan bas, memang sangat mustahil tiada yang cedera parah. Subhanallah kuasa Allah mengatasi segala-segalanya.

Benarlah bahawa DOA itu senjata orang-orang mukmin. Dan semua yang berlaku adalah perancangan terbaik dari ALLAH. Bila Allah kata jadi, maka jadilah.

Pada waktu petang, perkembangan terkini yang aku dapat tentang mangsa kemalangan, semua yang dibawa ke hospital dibenarkan pulang dan mangsa yang agak teruk kecederaannya adalah seorang adik  muslimin yang patah tulang rusuknya. Semoga Allah memberikan kesembuhan kepada dia dan adik-adik yang lain.

Maka, hari itu aku dapat meneruskan agenda rehlah bersama sahabat2 dengan hati yang sedikit tenang dari keresahan dan kami pulang dengan membawa beberapa teman baru (seronok mereka berenang dalam plastik…) hasil modul bermain dalam air..(“,)

NO NAME
Sebulan......

Dua bulan.....

Tiga bulan......

Empat bulan.....

Subhanallah..lamanya blog nie dibiarkan bersawang+berhabuk, sedangkan inilah salah satu medan dakwah yang pernah saya letakkan sebagai method utama untuk berkongsi ilmu dan dikritik dalam proses membaiki penulisan.

Saya tidak layak untuk beralasan sebab kalau nak menulis tue, macam-macam cara boleh buat. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih..,tepuk dada tanya hati..(",

Malu dan segan pada sahabat2 dan adik2 yang selalu update blog masing2 dengan pengisian yang pelbagai. Tak tahulah masihkah ada yang sudi mengunjungi blog yang serba dhaif ini.

******************

Mungkin sabda Rasulullah s.a.w di bawah menjadi muhasabah buat diri saya juga para dai'e yang lain.

  "Dua nikmat yang ramai orang yang tertipu di dalamnya iaitu kesihatan dan kelapangan waktu." -Riwayat Bukhari.-

"Sesungguhnya di antara nikmat yang pertama kali ditanyakan kepada hamba pada hari kiamat ialah dengan mengatakan kepadanya, "Bukankah Kami membuat badanmu sihat dan Kami menjirus dengan air yang dingin?" -Riwayat Tirmizi, Ibn Hibban dan Hakim.-

Sihat dan kelapangan waktu adalah nikmat yang besar. Bila tidak sihat, barulah manusia akan terasa betapa besarnya nilai sihat. Apabila manusia tidak sedar nikmat sihat, maka  ramai orang tidak ingat Allah,tidak takut pada Allah apabila mereka sihat. Dan sebaliknya mereka melakukan maksiat kerana mereka sihat. Inilah yang dikatakan orang yang telah kufur nikmat iaitu orang yang telah mempergunakan nikmat Allah untuk kembali menentang Allah.


Satu lagi nikmat ialah kelapangan. Ramai orang tidak sedar mengenainya. Bila lapang, sihat, rezeki melimpah, harta telah mencukupi, banyak kemudahan, mereka lupa kepada Allah. Mereka gunakan kelapangan ini untuk kepentingan diri mereka contohnya: tidur, keluar bersuka-suka, melancong ke tempat maksiat, melepak dengan kawan-kawan, bersembang-sembang dan sebagainya. Sedangkan masa lapang yang Allah bagi hendaklah digunakan untuk mengingati Allah, bekerja ke Jalan Allah, melakukan kerja kebajikan masyarakat dan sebagainya. Bila waktu sibuk datang semula kepada mereka, mereka akan terus melupakan Allah.. Na'uzubillahiminzalik..Ya Allah, jauhkan diri kami dari lalai mengingati MU..


" Barangsiapa datang dengan membawa kebaikan, maka dia akan mendapat pahala yang lebih baik dari kebaikannya itu, dan barangsiapa yang datang dengan membawa kejahatan, maka mereka yang telah mengerjakan kejahatan itu hanya diberi balasan seimbang dengan apa yang dahulu mereka kerjakan."- Surah al-Qasas:84-




GAZA: KENYATAAN RASMI MB KELANTAN
Bismillahir Rahmanir Rahim
Saya mewakili Kerajaan Kelantan dengan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Yahudi Israel yang menyerang kapal konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza dan sehingga mengorbankan dua puluh (20) nyawa.

Konvoi ini dilaporkan membawa kira-kira sepuluh ribu (10,000) tan barangan bantuan, seramai lebih lima ratus empat puluh (540) orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk Ahli Parlimen, ahli akademik, ahli NGO petugas media, ulama’, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada lapan puluh tahun. Termasuk dalam rombongan tersebut juga ialah dua belas (12) orang rakyat Malaysia yang turut menjadi tawanan Yahudi Israel.

Sesungguhnya konvoi itu adalah bukan merupakan konvoi tentera dan tidak berangkat ke Gaza dengan tujuan ketenteraan, ia adalah misi kemanusiaan.

Paling penting ialah saya menyeru para ulama’ seluruh dunia dapat bangkit, tunaikan Solat Hajat dan mohon pertolongan Allah S.W.T. demi menyelamatkan umat Islam dan rakyat Palestin termasuk di Gaza.

Saya juga menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi teguran keras terhadap rejim itu. Saya juga menyeru agar Pertubuhan OIC dan negara-negara Islam turut menyertai bantahan ini bagi membuktikan kesungguhan membela nasib rakyat Palestin.

Hakikatnya tingkah laku biadab Israel ini berpunca dari kefahaman bahawa mereka merupakan bangsa yang terpilih dan mulia berbanding bangsa-bangsa yang lain. Bagi mereka, hanya mereka yang berhak hidup di bumi ini dan bangsa-bangsa lain hanyalah bertaraf hamba kepada mereka. Ekoran kefahaman sesat seperti inilah, mereka langsung tidak berasa bersalah melakukan kezaliman terhadap rakyat Palestin. Inilah bahayanya fahaman ‘asobiyyah melampau yang dianuti oleh Yahudi. Selagi fahaman kebangsaan melampau seperti ini menjadi anutan mana-mana pihak, keamanan tidak akan dapat dikecapi di bumi ini.

Oleh kerana itu, saya selaku Menteri Besar Kelantan akan menganjurkan satu Kuliah Pagi Jumaat, pada 21 Jamadil Akhir 1431 (lusa) khusus berhubung dengan isu tindakan tidak bertamadun rejim Israel itu. Disebabkan Kuliah Jumaat ini penting, maka kita akan adakan di pekarangan Stadium Sultan Mohd. Ke-IV, Kota Bharu.

Pihak Kerajaan Negeri juga akan mengadakan Solat Hajat berserta bacaan Qunut Nazilah ditempat yang sama. Maka saya harapkan kerjasama semua pihak, muslimin dan muslimat agar dapat hadir beramai-ramai sebagai tanda kita mengutuk perbuatan zalim Yahudi Israel itu dan dapat sama-sama kita berdoa ke hadrat Allah demi keselamatan, keamanan dan kesejahteraan umat Islam dari kerakusan Yahudi – Israel.

Saya juga akan mohon kerjasama pihak Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) agar mengarahkan semua masjid di Kelantan menunaikan Solat Hajat dan bacaan Qunut Nazilah serta dapat menyediakan satu Khutbah Khusus mengutuk Israel/Yahudi untuk para khatib persembahkan kepada semua ahli jemaah Sembahyang Jumaat yang terdekat ini (lusa).

Terima kasih.

YAB TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Pejabat Menteri Besar,
Kota Darulnaim.
19 Jamadilakhir 1431
2 Jun 2010.

TENTERA PBB WAJIB DI HANTAR KE SEMPADAN PALESTIN
Jika seorang rakyat Amerika mati dibunuh di Iran, pasti Amerika akan melancarkan peperangan ke atas negara Islam itu hari ini. Namun semalam, serangan Israel umpama percikan api mercun di mata Obama. 20 orang terkorban dan 50 orang tercedera. Tiada rakyat Amerika yang terlibat setakat ini.

Obama pula hanya memberikan amaran ringan kepada sekutunya Israel. Besok Obama akan bertemu dengan Benjamin Nethanyahu. Entah apa yang beliau mahu bincangkan dalam pertemuan tahunan itu. Tapi yang pasti Obama tidak akan tumbuk muka Nethanyahu dalam pertemuan itu. Beliau hanya akan mengulangi amaran lembiknya sambil bergelak ketawa dengan pemimpin Israel itu bila melihat dunia kita kelab kabut selepas komando regim zionis itu membunuh aktivis keamanan pagi semalam.

Malaysia harus lantang bersuara dalam isu ini. Bukan sekdar meminta mengadakan mesyuarat khas PBB. Malaysia patut membawa usul supaya tentera pengaman PBB dihantar untuk berkawal melindungi rakyat Palestine dari pencerobohan Zionis di sempadan kedua-dua negara.

Presiden Palestine, Mahmoud Abbas yang baru minggu lepas bertemu Obama kini bungkam seribu bahasa. Minggu lepas, wajahnya ceria mendengar janji Obama yang mahu membantu beliau memerdekakan Palestine dari Israel. Tapi serangan semalam jelas menunjukan bahawa Israel tiada minat untuk berdamai.

Kaum Zionis ini dahagakan darah dan tanah Palestine. Mereka mahu usi rakyat Pale3stine dari bumi mereka sendiri. Itulah cita-cita mereka. Tetapi Mahmoud Abbas seorang pemimpin tua yang menjadi boneka Amerika-Israel.

Sama seperti Yasser Arrafat. Beliau hanya dipergunakan untuk membuat rundingan demi rundingan agar masyarakat dunia melihat bahawa Israel terbuka untuk berbincang dengan Palestine. Walhal diluar pintu bilik rundingan rakyat Palestine terus menerus dibantai, dibunuh.

Tragedi semalam adalah antara yang paling dahsyat bagi warganegara asing yang menyertai misi bantuan kepada rakyat Palestine. 15 ribu tan bahan makan dan perubatan dibawa, namun belum ada satupun yang dapat sampai.

Kapal Mavi Marmara ditahan dan aktivitis yang masih hidup dihantar ke penjara Israel. Apakah dosa para aktivis ini? mereka datang bawa makanan dan perubatan bukan senjata.

Masyarakat dunia harus melakukan sesuatu. Bukan sekadar berdemo kepada Amerika-Israel. Tetapi harus berdemo memaksa kerajaan-kerajaan dunia dan PBB untuk menghantar tentera ke Palestine.

Dunia tidak boleh melihat isu Palestine diselesaikan di meja rundingan tanpa apa-apa tindakan pengawalan terhadap tindak tanduk Israel. Zionis ini telah banyak melanggar peraturan dan undang-undang masyarakat antarabangsa. Penganiayaan yang dilakukan di Palestine adalah berkali ganda dari apa yang dilakukan oleh puak Serbia di Bosnia.

Pemimpin-pemimpin Israel harus diheret ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Inilah yang harus diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin dunia termasuk Malaysia.

Segala aktiviti ekonomi dengan israel juga harus dihentikan. Malaysia juga harus bersama dalam hal ini dan memutuskan hubungan dengan semua rangkaian perniagaan dan perkhidmatan yang ada hubungkait dengan Israel termasuk APCO.

SELAMATKAN MEREKA YA ALLAH
YA ALLAH, KAU permudahkan urusan konvoi Lifeline4Gaza. KAU hantarkanlah bantuan buat mereka bagi menentang Israel yang KAU laknati. KAU bantulah mereka YA ALLAH sebagaimana KAU menghantar burung ababil, sebagaimana KAU menghantar angin taufan yang kuat ketika Nabi MU berperang. YA ALLAH, kabulkan doa kami. Sesungguhnya kami hanya mampu berdoa bagi membantu mereka..AMEEN..


Our brothers in Palestin took part in mass demo against the Israel Navy's deadly raid on a Gaza-bound aid convoy.... how about us!!!!???

polis-polis HAMAS sedang menunggu konvoi saudara mereka... Takbirr!!



BAHASA YANG INDAH
27 MEI 2010

Alhamdulillah sehingga ke hari ini Allah s.w.t masih memberi peluang kepada hambaNYA yang kerdil ini hidup bernafas di bumiNYA dalam kemanisan nikmat Iman dan Islam. Juga kesyukuran dipanjatkan kerana masih diberi peluang untuk mengutip mutiara-mutiara ilmu Allah s.w.t Yang Maha Luas.

Pagi tadi saya belajar subjek AFIS-stand for 'Arabic for Islamic Studies' (ARAB 3511),salah satu subjek yang wajib di ambil pelajar2 IRK. Kelas yang dilalui selama 3 jam sehari dan 2 kali dalam seminggu ini- satu2nya subjek in my first short sem in IIUM- sangat menarik hati saya, terutamanya pada sesi pembelajaran hari.(",)

Secara umumnya subjek AFIS nie membahaskan tentang ilmu balaghah.Kalau di ikutkan semua yang dipelajari dalam  AFIS memang dah pernah belajar sebelum daripada ini lebih2 lagi kepada siapa2 yang ambil subjek bahasa arab masa zaman sekolah dulu. Boleh dikatakan pengetahuan tentang tasybih, majaz, kinayah dan cabang2nya bukanlah satu perkara yang zero dalam otak kami sahabat-sahabat sekelas nie, bahkan ia sebagai jalan mudah untuk kami faham perbahasan yang lebih mendalam.(kadang2 pening jugak..). Cuma apa yang saya katakan menarik sebab ustazah yang mengajar kami bukan sekadar mengajar balaghah, bahkan beliau yang merupakan pensyarah bahasa Arab pengkhususan bahagian Nahu & Sorof banyak mengajar kami tentang ilmu2 nahu dan sorof. Setiap patah kalimah yang dibaca daripada kitab akan di i'rab one by one menjadikan setiap saat dalam sesi pembelajaran ini sangat berguna.

Sesi kelas pagi tadi diceriakan dengan perkongsian ilmu tambahan daripada al-fadhilah ustazah Solehah (iras2 nama penaku...) tentang asal usul bahasa Arab. Bahasa Arab telah muncul sejak dahulu lagi di zaman para nabi dan dikatakan penggunaan bahasa Arab telah mengalami banyak perubahan mungkin dari sudut lahjah sebutannya mengikut peredaran masa. Namun begitu, kaum Bani Jurham yang hidup di zaman Nabi Ismail merupakan satu2nya kaum arab yang mempertahankan penggunaan bahasa Arab yang asal dan sehingga hari ini ia kekal digunakan dan dikenali sebagai Bahasa Arab Fushah. Ini antara perkongsian yang diberikan oleh al-fadhilah ustazah hasil daripada pengkajian beliau tentang ilmu bahasa Arab sejak sekian lama sehingga ke hari ini, bahkan artikel-artikel yang ditulis oleh beliau tentang pengkajian beliau berada di negara2 luar seperti Mesir, UK, Iran. Untuk tahu lebih lanjut asal-usul bahasa Arab, sahabat2 boleh baca kajian yang dibuat oleh Abd. Rauf bin Dato' Hassan Azhari dari Jabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM. (penulis pun masih mencari maklumat2 tambahan)

Saya bukanlah pelajar yang baru kenal bahasa Arab selama satu @ dua @ tiga tahun. Bahkan sudah hampir 9 tahun saya belajar subjek ini (tapi bukan pengkhususan), dari alam sekolah menengah hingga ke alam diploma dan akhirnya sekarang di alam ijazah. Sebenarnya seawal tadika lagi ketika belajar di tadika Amal Gombak saya kenal subjek ini tapi terhenti proses pembelajaran sehingga darjah 1 di al-Amin Gombak kerana penghijrahan ke negeri lain..=)

Namun saya akui sehingga ke saat ini penguasaan saya terhadap bahasa al-Quran ini sangat lemah. Mungkin dari sudut pembacaan atau penulisan saya boleh lakukan tapi apabila melibatkan sudut percakapan, saya jadi lemah lutut. Saya suka dengar para asatizah di UIA mengggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar di dalam kelas, apatah lagi apabila mendengar rakan-rakan dari luar negara bercakap tapi bila tiba part saya kena bercakap, terketar-ketar dibuatnya.

Teringat saya zaman semasa tingkatan peralihan di Maahad Muhammadi, setiap hari bila tiba waktu subjek nahu sorof yang di ajar oleh Ustazah Khadijah Kun Ahmed (ustazah yang ditakuti oleh ramai pelajar maahad ketika itu), setiap seorang dari kami wajib berdiri di hadapan kelas untuk tasmi' tasrif bagi setiap fi'il (madhi, mudhari' dan amar)..terngiang2 nada lagu yang direka khas oleh ustazah menggunakan contoh perkataan kataba..(kataba-katabaa-katabuu-katabat-katabata-katabna-katabta-katabtuma-katabtum-katabti-katabtuma-katabtunna-katabtu-katabnaa...). Ketegasan yang diberikan oleh ustazah Khadijah dalam mengajar bahasa Arab sejak tingkatan peralihan, satu dan dua membuahkan natijah yang baik dalam diri saya ketika itu. Terima kasih ustazah...


Tapi natijah itu tidak mapu bertahan lama dan digarap sebaik mungkin apabila penghijrahan sekolah berlaku lagi. Semuanya atas kesilapan dan kelemahan diri saya sendiri kerana tidak berusaha sebaik mungkin untuk kuasai bahasa wajib ini. Dan hari ini saya sangat menyesal dengan apa yang berlaku kerana bahasa Arab adalah bahasa yang sangat indah bahkan al-Quran telah diturunkan dalam bahasa indah ini tapi saya masih lemah dalam menguasainya. Semoga UIA tempat yang saya sedang belajar pada hari ini merupakan wasilah terbaik untuk saya membaiki diri yang lemah ini terutamanya untuk menjadi ahli akademik yang berjaya bukan untuk kepentingan diri sendiri tapi supaya ia dapat menyumbang kepada masyarakat luar yang menantikan generasi ilmuan wanita seperti Saidatina 'Aisyah R.A. InsyaAllah..
Renungan Hari Ini
Sebuah kisah sebagai renungan:

Lelaki bertongkat leka menikmati sarapan sempena mesyuarat agung sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Mulutnya ramah menegur orang di sekeliling . "Kita baru sampai pagi tadi, mandi pun belum," katanya dalam loghat Utara.

Dia duduk di satu sudut dan mulutnya sama laju bercakap dan makan. Katanya, datang mesyuarat sekali setahun kena keluar sendiri duit tambang."Sarapan, syarikat dah tanggung. Kalau ada makanan lebih kita bawa balik," katanya sambail berseloroh. Mungkin sikapnya yang peramah, lelaki itu terus berceloteh walaupun orang di sekelilingnya baru dikenali hari itu.

"Anak saya ramai kerja kat KL. Kata orang tak susah nak cari tempat tidur. Tapi hari ini saya tak tidur rumah anak kerana datang sekejap aje, tak sempat buat giliran. Untuk tidak mengecilkan hati anak dan elak berlaku tidak adil, saya akan sewa bilik murah dan ajak anak menemui saya di satu tempat untuk makan-makan. 

"Kita dah pencen mana mampu belanja anak di restoran besar, jadi kita cari tempat makan yang sesuai dengan bajetlah," katanya.

" Biasalah sekali sekala jumpa, anak akan hulur duit sebelum pulang. Saya tolak balik duit itu bukan tak nak tapi rasa kecil hati kerana cara anak menghulurkan duit itu seolah-olah kita ni mengemis. Simpanlah duit tu, abah bukan datang sini nak minta sedekah..tapi kalau mahu bagi juga, masuklah saja dalam akaun abah," katanya berkias.

Kata-kata lelaki itu bagaikan tamparan kepada anak yang menyedari perasaan kecil hati seorang ayah terhadap anak yang dididik dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Sejak pertemuan itu, si lelaki bertongkat itu hanya perlu memeriksa akaun setiap awal bulan untuk melihat sumbangan yang diberikan anak.

-TAMAT-

Kisah ini saya petik dari satu keratan akhbar yang boleh dijadikan renungan bersama terutamanya kepada anak-anak muda zaman sekarang. Kita lihat, tindakan lelaki tua bertongkat dalam kisah di atas adalah satu didikan secara tidak langsung kepada anak-anaknya tentang peranan mereka terhadap ibu bapa. Fenomena dalam kisah di atas bukanlah lakonan atau rekaan semata-mata, tetapi itulah realiti yang berlaku dalam dunia hari ini.

Anak-anak terutama yang lelaki perlu tahu tanggungjawab menjaga kebajikan ibu bapa walaupun sudah berumahtangga. Perkahwinan dalam erti kata yang sebenar bukan sahaja berkahwin dengan pasangan masing-masing, malahan berkahwin dengan keluarga pasangan. Si isteri jika si suami ingin berbakti kepada ibu bapanya, janganlah dihalang kerana syurga seorang lelaki terletak di bawah tapak kaki ibunya. Manakala si suami pula, jika si isteri ingin berbakti kepada ibu bapanya janganlah juga dihalang meskipun redha seorang isteri terletak pada suaminya kerana anak dan menantu yang baik dan soleh ialah mereka yang berbakti kepada orang tua mereka samada ibu bapa kandung atau ibu bapa mertua dalam masa yang sama tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap suami atau isteri dan anak-anak.

Perkongsian ini sekadar renungan bersama buat para suami dan isteri, juga bakal-bakal suami dan isteri, tidak terlepas juga anak-anak muda yang masih bujang kerana kita menyaksikan banyak kepincangan yang berlaku dalam institusi keluarga pada hari ini. Perlu diingat, apa yang kita lakukan pada hari ini kepada ibu bapa, itulah yang akan dilakukan oleh generasi anak-anak kita apabila kita sudah tua nanti. What you give, you get back!!
Warna di Sebalik Waktu Solat
Pernah tak kamu dengar mengenai warna-warna alam dan solat? Seperti apa yang diberitahu oleh Ustaz Zahazan Mohamed dalam Laman Web nya Zahazan.net, “Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam“. Disini saya ceritakan secara ringkas mengenai warna alam dan solat untuk renungan saya dan sesiapa yang membacanya. Semoga ianya akan menambahkan lagi rasa syukur kita kerana telah dikurniakan dengan syariat solat dari Allah s.w.t, juga rasa syukur kerana telah diberi nikmat sebagai seorang muslim…

Subuh:
                Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Zuhur:
                Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Asar:
                Warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Maghrib:
                Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Isyak:
                Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Inilah kaitan antara warna alam dan solat yang saya ambil secara ringkas dari Laman Web Ustaz Zahazan. Kepada sesiapa yang nak membaca artikel sebenar, kamu bolehlah membacanya di Zahazan.net.
Justice For Adik Aminul Rasyid


Innalillahiwainnailaihirajiun...
Takziah buat keluarga adik Aminul Rasyid atas tragedi yang berlaku. Semoga Allah menempatkan arwah dikalangan hamba-hambaNYA yang soleh dan bertakwa.

Saya mendapat berita kejadian ini melalui seorang sahabat melalui sms malam tadi dan pada petang ini baru saya berkesempatan mengetahui kisah lebih lanjut melalui laman-laman blog yang boleh dipercayai. Apabila membaca laporan polis yang dibuat oleh sahabat mangsa dan merupakan saksi utama kejadian sebagaimana yang terdapat dalam Perisik Rakyat, hati saya tersentak. Mengapa ada manusia sekejam itu sanggup membunuh satu nyawa yang belum pasti apakah kesalahannya dan yang melakukan itu adalah seorang polis yang di anggap sebagai pelindung kepada rakyat di negara yang dikatakan aman dan damai ini. Di manakah keadilan yang diwar-warkan dan dijulang-julang??

Kes ini bukan baru pertama kali. Tetapi telah berkali-kali berlaku sebagaimana yang terjadi kepada saudara Shahril Azlan pada tahun lepas. Begitu juga kejadian tembakan rambang di Batu Buruk, Terengganu beberapa tahun yang lepas. Saya melihat bahawa negara Malaysia sudah tidak aman lagi dengan peristiwa-peristiwa yang tragis berlaku ke atas rakyat Malaysia. Disangkakan kita hanya menyaksikan kekejaman ini di Palestin, Thailand, Iraq, Bosnia dan lain2, tetapi di sekeliling kita juga sebenarnya kejadian yang sama telah lama berlaku tanpa kita sedari ia perlahan-lahan membunuh sifat kemanusiaan rakyat di Malaysia ini sehingga peristiwa yang sama berulang lagi.

Marilah sama-sama kita bangkit menuntut keadilan dan jangan sekadar menjadi pendengar dan penonton..

Continue again...
Power Step #3: Look to the Future

If you dwell on your past mistakes your creativity can crash to a grinding halt and you will be unable to move forward. Losing is good if you interpret it correctly.

Demonstration Example: A friend of mine told me how a number of years ago, an acquaintance of his, approached him with a spectacular lead about a stock that was certain to triple in price in the next few weeks. The price was $7.45 a share. So, despite his misgivings he bought 200 shares. From that day the stock dropped. Finally eighteen months later he decided to cut his losses and sell.

He sold the stock for a huge loss at a grand total of $413. He could have let this one bad experience drive him from ever investing in the stock market again. However, this wise man explained, he was glad to have learned such valuable lessons.

It taught him:
1. Ignore the guy who wants to give a hot tip.
2. Check into a company carefully before buying.
3. Sell if it starts dropping too much.

Education of the Highest Merit
Don't regard mistakes as mistakes. It ceases to be a mistake and loses its power to hold you back if you can learn to be glad that you've not failed but learned valuable lessons in life. That attitude will help you to build future successes.

Lost a job? You probably weren't suited, so take the time out to decide what you really want to do. Built a business and then it crashed? Perhaps you don't like running your own business. Can't sell a product? Look for the reason and then act. Either try out other ways to sell it or scrap the product and sell a different one.

Blessed is he who is not discouraged by mistakes. Blessed is he who is glad he makes mistakes. Winning - or losing - is a state of mind.

Power Step #4: It's Never Too Late

Sadly, the following story is all too common: Bill spent years training to be an engineer, although he never really liked engineering. But he thought it was worth the sacrifice because it was a highly paid skill.

After college, he started a job with an engineering company. Years later he was still working at the same company and still hating it. His excuse was with a mortgage and family ties he was scared to leave the engineering firm and go into a job with lower wages.

After twenty years he was still afraid to correct a mistake made all those years ago. He was now too scared to change jobs, simply because he'd left it too late. He didn't want to compete with younger men experienced at their job.

If you have a goal and you find yourself saying 'it's too late', the only way to conquer that fear is to ignore it and go ahead and do the thing you fear. It's NEVER too late if you have the courage and the passion to follow your dream.

Power Step #5: Don't Crave Security

In ages past we accepted that life was full of hardships. They grappled with huge animals in a desperate bid to kill them for food. The odds were simple; either succeed or starve, kill or be killed.

As civilisations discovered fire and then electricity and gas to keep warm, bought food from markets and built houses of stone, people became less willing to deal with any unexpected events that threatened to turn their cosy life upside down. So, insurance was invented.

The idea of insurance is to cushion the impact of the unexpected. In theory it's a good idea, but it has turned our society into a population of security seekers. It has weakened our strength as individuals who know we can surmount any problem or situation that life throws our way.

The stifling extent of this slavery is enormous. The more security we have the less psychological freedom we can enjoy and the less our chances are of success and abundance.

Dare to Take a Chance
The only places to find security are a prison or mental hospital. Inmates are assured a roof over their heads, food and warmth and no responsibilities. The price tag for this security? No freedom.

Unfortunately, it's all too easy to reel off a list of bad things that could happen to us. For most people it's easier than thinking of the good things that could happen. People who crave security are slaves to a vivid imagination that conjures up bad news items that could happen to them, and they allow these images to cripple their actions. Too afraid to start that great business idea because of all the things they imagine that could go wrong. Too frightened to sell up and buy a larger house in another area because the house prices could drop or the children won't like the new schools, or... and so it goes on for an endless list.

Every child loves surprises and life is fun and exciting because of this. As we grow up and we fight for security, we eliminate the risks but in doing so we eliminate the surprises and limit our chances to achieve more than a humdrum life.

If you want to make sure you don't stifle your need for excitement:
1. Dare to be individual.
2. Dare to develop your own style - instead of following fashion.
3. Dare to study and work to improve yourself in your profession.
4. Dare to have a positive mental attitude and the courage to try.

In other words: Dare to take a chance.

Power Step #6: I Am Certain to Win

Our minds drive us to achieve exactly what we believe we're capable of achieving. This is good news because once we understand this and master the art of controlled thinking, then we can guide our destinies towards success.

Controlled experiments over many years have proved that children who are considered by their teachers, friends and families to be 'troublesome or terrors' actually end up getting into trouble with a high percentage becoming juvenile delinquents. However, the 'good' group of boys (in the same age group at the beginning of a study) believed by teachers, friends and families to stay out of trouble and succeed in school, go on to do so. Each group of children achieve in accordance with what people around them believe them capable of doing.

The conclusion of many similar studies is this: thinking does make it so. Only a miracle can make the football team win who starts a game with the 'we know they'll beat us,' attitude.

If you need to break the bonds of 'I'm certain to fail' slavery:
1. Hold positive chats with yourself.
2. Surround yourself with positive people.
3. Think, 'I'm going to succeed'.
4. Think, 'I'm a winner'.

The only person you will have to convince is yourself. Other people are automatically convinced you're great and a success, after you have convinced yourself.

Stuart Goldsmith is a British multimillionaire author and entrepreneur. He created a 16 million fortune starting from a position of heavy debt, and has taught thousands of others how to get wealthy. Learn more about Stuart Goldsmith's private member site here: Stuart Goldsmith's Inner Circle
Susahnya untuk kita miliki...sifat berlapang dada
23 MAC 2010

"Kupersembahkan jiwa ini ke hadrat Allah dan Dia pula yang akan menyelamatkannya. Inilah perjanjian antara Allah dan seorang hamba-Nya, yang kucatat di sini, dengan guruku sebagai saksi. Apa pun tak bisa mempengaruhinya, kecuali nurani. Siapa pun tak bisa menebusnya, kecuali Tuhan. Hanya mereka yang memenuhi janjinya kepada Allah, berhak menerima imbalannya."
-As-Syahid Hassan Al-Banna-

Saya berhenti sekejap daripada berkongsi dengan sahabat-sahabat artikel "Power Steps to Your Success" yang telah 2 siri saya postkan. Mohon maaf juga sebab kali ini saya kembali dengan bahasa ibunda. Sekadar perkongsian mengenai rasa hati saya pada ketika ini dan pengajaran yang saya dapat dari rasa hati ini. Semoga ia sentiasa menjadi muhasabah buat diri saya yang memiliki iman yang rapuh dan sentiasa di uji oleh Allah s.w.t.

Secara jujurnya, saya sangat rindukan saat tersebut. Saat di mana saya mengenal erti ukhuwwah  dan kasih sayang..saat saya dibentuk menjadi lebih baik dari sebelumnya..saat saya bersama-sama sahabat seperjuangan di medan tarbiyah..semuanya adalah kenangan yang tidak mampu dilupakan dan tidak dapat di ulang semula. Beberapa hari dalam fatrah peperiksaan akhir ini hatta sehingga ke hari ini pun, saya rasa gelisah dan gundah untuk menghadapi saat itu kembali..Ya Allah..aku benar-benar teruji tika ini. Lantas ayat 1-3 surah al-Ankabut menjadi rujukanku. Semoga Allah s.w.t mengampunkan dosa hambaNYA ini.

Setelah saya ”di basuh” dengan bahan cucian yang secukupnya oleh sahabat-sahabat dapat saya konklusikan tentang satu perkara yang senang untuk diperkatakan oleh semua orang tapi susah untuk dipraktikkan termasuklah diri saya yang menulis. Tentang BERLAPANG DADA. Mari kita sama-sama selami makna di sebalik sifat ini.

Sifat berlapang dada merupakan salah satu nikmat dari Allah s.w.t kepada hamba-hambaNYA yang muslim. Sifat yang mana Allah s.w.t jadikan hatinya bersih dari permusuhan dan kebencian, jernih dari dengki dan hasad, bebas dari muslihat dan pengkhianatan dan tidak wujud di hatinya melainkan kecintaan dan rasa kasih sayang kepada saudaranya sesama Islam.

Dengan sifat-sifat tersebut darjatnya ditinggikan dan kedudukannya dimuliakan di dalam hati orang lain. Semua ini adalah sifat-sifat yang sangat mulia yang tidak akan sanggup disandang melainkan mereka yang memiliki kejujuran dan keikhlasan dan tidak ada yang akan dapat mencapai dasar kedalamannya kecuali mereka yang bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu. Selagi mana seseorang itu memiliki hati yang bersih dan sihat, nescaya orang lain akan menyatakan kemaafan kepadanya atas kesalahan yang telah dilakukan. Bahkan kesalahan dan keburukan yang telah dilakukan terhadapnya di balas dengan kebaikan sebagaimana petunjuk yang diberikan oleh Allah s.w.t melalui firmanNYA:


"Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan  antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia. Dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan  kecuali  kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar." 
(Surah Fussilat: 34-35)

Begitu juga dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:
"Seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah s.a.w, sesungguhnya aku mempunyai kerabat. Aku jalin tali silaturrahim kepada mereka, tetapi mereka memutuskan aku. Aku berbuat baik kepada mereka, tapi mereka berbuat buruk kepadaku. Aku bersikap santun terhadap mereka, tetapi mereka menganiayaku. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Jika engkau adalah sebagaimana yang engkau katakan, maka seolah-olah engkau memberi makan mereka dan Allah s.w.t akan selalu memberikan pembelaanNYA kepada engkau atas mereka, selama mana engkau berada dalam keadaan demikian."
(Hadis Riwayat Muslim: 2558: Al-Birru wa As-silah)

Berlapang dada adalah sifat yang sangat dominan  dalam kehidupan para sahabat r.a sekaligus merupakan sifat mulia yang yang mengangkat darjat mereka.

Rasulullah s.a.w telah mengisyaratkan sebanyak tiga kali kepada salah seorang sahabat, bahawa dia adalah termasuk ahli syurga. Oleh kerana itu, Abdullah bin ’Amru bin Al-’Ash r.a datang menemui sahabat tersebut dan tinggal di rumahnya selama tiga malam agar ia dapat melihat amal perbuatannya yang menyebabkan dia dijanjikan darjat sedemikian. Namun, beliau tidak melihatnya melakukan sesuatu yang besar.
Maka Abdullah merasa hairan  dengan perihalnya, lalu beliau bertanya kepadanya. "Perbuatan apa yang menyebabkan engkau diberikan darjat sebagaimana yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w? "
Lalu sahabat tersebut menjawab: "Tidak ada melainkan apa yang engkau lihat. Aku hanya menghindarkan niat dalam diriku untuk memperdayakan  seorang muslim, dan aku tidak berasa hasad terhadap seseorang atas kebaikan yang diberikan Allah s.w.t kepadanya."
Abdullah lalu berkata: "Jadi inilah yang menyebabkan engkau mencapai darjat tersebut dan inilah yang tidak aku sanggupi."
(dikeluarkan riwayat oleh Ahmad [3/166] dengan sanad sahih)

Sofyan bin Dinar mengatakan kepada Abu Basyir-salah seorang sahabat Ali bin Abi Talib r.a: "Beritakan kepadaku tentang amal-amal perbuatan umat sebelum kita?”
Dia menjawab: " mereka sedikit berbuat, tetapi banyak mendapatkan pahala."
Sofyan bertanya: " apa sebabnya?"
Dia berkata: "dengan sebab kelapangan dada mereka."
(dikeluarkan riwayat oleh Hannad bab: az-Zuhd [2/600])


Demikianlah antara bukti-bukti tentang kelebihan berlapang dada yang telah saya petik dari buku Taaruf Cinta karangan Muhammad bin Ismail Al-’Umrani yang pernah saya kongsikan sebelum ini. Lihatlah betapa bersihnya hati para sahabat sehingga sifat berlapang dada melingkungi diri mereka. Bagaimana dengan kita?? Bagaimana dengan saya?? Ya Allah..terlalu banyak rasanya dosa yang telah dilakukan sehingga sukar untuk kita berlapang dada dengan orang yang lain.

Kadang-kadang kita terlalu mengharapkan orang lain agar berlapang dada dengan sikap dan diri kita tanpa kita sedar bahawa kita sendiri susah untuk bersikap sedemikian. Situasi ini dapat dilihat walau di mana posisi kita berada samada sebagai orang atas, atau sebagai orang bawah. Kesannya akan berlaku ketidaksefahaman dalam melakukan kerja dan dalam memahami diri orang lain. Kesan yang lebih teruk akan timbul pelbagai prasangka yang bukan-bukan (su'uzhon) sehingga akhirnya boleh menggugat sesuatu perhubungan.

Maka sahabat-sahabat..ayuh kita muhasabah diri kita kembali. Layakkah kita bersama-sama para sahabat di akhirat nanti sekiranya sifat ini sukar ditanamkan dalam diri? Kita memang senang untuk berkata-kata tapi susah untuk melakukannya. Diri yang menulis ini pun tidak terlepas. Semoga Allah s.w.t memberikan kita semua kekuatan umtuk menghadapinya.


Apabila perkataan kalian membuat hatiku berdarah
Aku bersabar atas rasa sakit yang kalian berikan lalu aku mengabaikannya
Lalu aku datang kepada kalian dengan wajah yang ceria
Seolah-olah aku tidak pernah mendengar dan melihatnya.

*Apa yang baik dari penulisan ini datang dari Allah s.w.t, dan yang buruk datang dari kelemahan penulis sendiri. Sebarang komen atau teguran sangat di alu-alukan.